BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 16 September 2009

Hari Raya Menjelang!!

Pantun ni aku hadiahkan untuk korang ye..



Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita


Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya


Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban


Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya


Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira




selamat berhari raya Pictures, Images and Photos

INGAT IF MEMANDU TIMEBERAYA NANTI,HATI-HATI..ADA YANG MASIH MEMERLUKAN KASIH SAYANG ANDA

0 comments: